Farhan Azizan
Farhan Azizan | |
|---|---|
| Kelahiran | Nur Farhana binti Azizan 21 Ogos 1984 |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Tahun aktif | 2006–kini |
| Pasangan | Ahmad Rashadan Suhaimi (k. 2014) |
| Anak-anak | 2 |
| Ibu bapa |
|
Nur Farhana Azizan atau lebih dikenali sebagai Farhan Azizan (lahir 21 Ogos 1984) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Farhan merupakan anak sulung kepada Azizan Mohd. Khir dan Maliza Abd. Wahab. Beliau berasal dari Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Sebelum diterima memasuki Akademi Fantasia, beliau membantu keluarganya dalam pengurusan model dan menjadi pembantu pelatih gymnastik.