Falukah

Falukah (Arab: فلوكة, rumi: falūkah) ialah nama kapal layar kayu tradisional yang digunakan di perairan terlindung Laut Merah dan timur Laut Mediterranean temasuk Malta, dan khususnya sepanjang Sungai Nil di Mesir, Sudan, dan juga Iraq. Tali-menalinya terdiri daripada satu atau dua layar segitiga ('lateen') Falukah lazimnya dapat membawa sepuluh penumpang dan anak kapal terdiri daripada dua atau tiga orang pelayar. Mahupun sudah digantikan bot berenjin dan feri, falukah masih digunakan sebagai alat pengangkutan di bandar-bandar berdekatan Nil seperti bandar-bandar Aswan dan Uqsur ("Luxor"). Falukah sangat popular di kalangan para pelancong.

Nama falūkah menghampiri perkataan bahasa Arab fulk (فُلك) yang dipakai dalam al-Qur'an menggambarkan bahtera nabi Nuh.