Fahaman Ba'athisme
Ba'athism البعثية | |
|---|---|
Bendera Parti Ba'th, direka berdasarkan bendera Pemberontakan Arab | |
| Pengasas | Michel Aflaq (en) , Zaki al-Arsuzi (en) , Salah ad-Din al-Bitar (en) |
| Diasaskan | 1947 |
| Ibu pejabat | Iraq |
| Ideologi |
|
| Kedudukan politik | Politik haluan kiri |
| Bendera parti | |
| |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Fahaman politik Ba'thiyah (Arab: البَعثِيَّة, rumi: al-Baʿthīyah terbitan kata dasar بَعث baʿth 'kebangkitan'; bahasa Inggeris: Ba'athism) ialah suatu aliran nasionalisme Arab yang mengacuk dengan prinsip-prinsip pan-Arabisme, Sosialisme Arab, dan anti-imperialisme dengan tujuan menyatukan dunia Arab menjadi satu negara bersatu padu. Ideologi Ba'thiyah menekankan" pencerahan" serta pembaharuan budaya, nilai, dan masyarakat orang Arab. Ideologi ini yang menggalakkan kewujudan dan pembangunan negara Arab bersatu melalui kepimpinan parti barisan hadapan melalui penciptaan negara ekaparti dan menolak pluralisme politik dalam tempoh masa tidak ditentukan—parti Ba'th secara teorinya menggunakan jumlah masa yang tidak ditentukan untuk membangunkan masyarakat Arab yang "berkesedaran".
Ideologi ini secara rasminya berdasarkan teori intelektual Syria Michel Aflaq (menurut Parti Ba'th pimpinan Iraq ), Zaki al-Arsuzi (menurut Parti Ba'th pimpinan Syria ), dan Salah al-Din al-Bitar. Pemimpin Ba'th dalam era moden meliputi bekas presiden Iraq Saddam Hussein , bekas presiden Syria Hafez al-Assad , dan anaknya, Bashar al-Assad. Dua negara Ba'th terakhir yang wujud (Iraq dan Syria) cuba menghalang kritikan terhadap ideologi mereka melalui tadbir urus yang autoritarian. Ba'th Syria dilabelkan sebagai neo-Ba'th kerana bentuk Ba'th yang dibangunkan oleh kepimpinan parti Ba'th Syria agak berbeza daripada Ba'th yang ditulis oleh Aflaq dan Bitar.