FTSE Bursa Malaysia KLCI

FTSE Bursa Malaysia KLCI
Yayasan4 April 1986 (1986-04-04) (sebagai KLCI)
6 Julai 2009 (2009-07-06) (sebagai FBM KLCI)
PengendaliBursa Malaysia
Kumpulan FTSE
BursaBursa Malaysia
Simbol perdagangan^0200I
Komponen30
JenisPemodalan Besar
Laman webwww.bursamalaysia.com


FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI atau Indeks Komposit Kuala Lumpur) merupakan indeks pasaran saham umumnya diterima sebagai kayu pengukur pasaran saham tempatan. Diperkenalkan pada tahun 1986 untuk menjawab keperluan satu indeks pasaran saham yang akan memberikan khidmat sebagai suatu penunjuk prestasi pasaran saham Malaysia begitu juga dengan ekonomi. Ia digunakan sebagai indeks utama, dan sekarang merupakan salah satu daripada tiga indeks utama bagi pasaran saham Malaysia yang mana dua lagi adalah FMB30 dan FMBEMAS, Bursa Malaysia. Ia mengandungi 100 syarikat dari Papan Utama dengan lebih kurang 500 hingga 650 disenaraikan di dalam Papan Utama yang terdiri daripada syarikat pelbagai sektor menyeberangi tahun 2000 hingga 2006 dan merupakan sebuah indeks pemberat pemodalan .