FELDA Chuping
FELDA Chuping | |
|---|---|
Lokasi di Perlis, Malaysia FELDA Chuping (Malaysia) | |
| Koordinat: 6°29′33″N 100°20′26″E / 6.4924°N 100.3406°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Perlis |
| Mukim | Padang Siding |
| Kawasan parlimen | Padang Besar |
| Kawasan negeri | Chuping |
| Pentadbiran | |
| • Kerajaan tempatan | Majlis Perbandaran Kangar |
| • Pengurus | Muhammad Ilyieh Ismail |
| Penduduk (2014) | |
| • Jumlah | 2,335 |
| • Peneroka | 447 |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| • Musim panas (DST) | UTC+8 (tiada) |
| Poskod | 02500 |
| Kod kawasan | +604 |
| Plat pendaftaran kenderaan | R |
FELDA Chuping (Jawi: فيلدا چوڤيڠ) , FELDA Projek Chuping atau Kemajuan Tanah Chuping merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di timur negeri Perlis, Malaysia. Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Padang Siding. Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Chuping ialah 02500 Kangar.