F-101 Voodoo
| F-101 Voodoo | |
|---|---|
|
| |
| Peranan | Pesawat pejuang |
| Pengeluar | McDonnell Aircraft |
| Direka oleh | Edward M. Flesh |
| Penerbangan sulung | 29 September 1954 |
| Diperkenalkan | Mei 1957 |
| Dihentikan | 1972 (Tentera Udara A.S) 1982 (Pengawal Udara Kebangsaan) 1984 (Kanada) |
| Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat |
| Jumlah dibina | 807 |
| Kos seunit | AS$1,276,145 (RF-101C) US$1,754,066 (F-101B) |
| Dibangunkan dari | XF-88 Voodoo |
| Kelainan | CF-101 Voodoo |
McDonnell F-101 Voodoo merupakan sebuah pesawat pejuang berkelajuan supersonik yang diterbangkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara Republik China. Asalnya, pesawat ini direka sebagai pesawat pengiring-pengebom jarak jauh (dikenali sebagai pejuang-penembus) oleh Perintah Udara Strategik, Voodoo juga digunakan untuk pelbagai fungsi-fungsi lain termasuk pesawat pemintas semua keadaan cuaca dengan Perintah Pertahanan Udara / Perintah Pertahanan Aeroangkasa, pejuang-pengebom dan peranan pengawasan foto dengan Perintah Udara Taktikal.
Digunakan bersama-sama dengan pesawat U-2 milik Tentera Udara A.S dan RF-8 Crusader milik Tentera Laut Amerika Syarikat, versi pengawasan iaitu RF-101 telah memainkan peranan penting semasa Krisis Peluru Berpandu Cuba dan digunakan dengan ekstensif dalam Perang Vietnam.