Félix Tshisekedi

Tuan Yang Terutama
Félix Tshisekedi
Félix Tshisekedi pada tahun 2019
Presiden Republik Demokratik Congo ke-5
Menyandang jawatan
25 Januari 2019
Perdana MenteriBruno Tshibala
Sylvestre Ilunga
Didahului olehJoseph Kabila
Pemimpin Kesatuan untuk Demokrasi dan Kemajuan Sosial
Menyandang jawatan
31 Mac 2018
Didahului olehÉtienne Tshisekedi
Maklumat peribadi
Lahir (1963-06-13) 13 Jun 1963
Léopoldville, Congo-Léopoldville (kini Kinshasa, Republik Demokratik Congo)
Parti politikKesatuan untuk Demokrasi dan Kemajuan Sosial
PasanganDenise Nyakéru Tshisekedi
Ibu bapaÉtienne Tshisekedi
Marthe Kasalu Jibikila
Laman webhttps://presidence.cd
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "vice-primeminister"

Félix Antoine Tshisekedi Tshilombo (Perancis: [feliks ɑ̃twan tʃisekedi tʃilombo]; lahir 13 Jun 1963) ialah ahli politik Congo yang telah menjadi Presiden Republik Demokratik Congo sejak 25 Januari 2019. Beliau ialah pemimpin Kesatuan untuk Demokrasi dan Kemajuan Sosial (UDPS), parti tertua dan terbesar di Republik Demokratik Congo, menggantikan mendiang bapanya Étienne Tshisekedi dalam peranan tersebut, seorang Perdana Menteri Zaire tiga kalimdan pemimpin pembangkang semasa pemerintahan Mobutu Sese Seko. Tshisekedi merupakan calom parti UDPS untuk presiden dalam pilihan raya umum Disember 2018, yang beliau menang, walaupun mendapat tuduhan ketidaksekataan dari beberapa pertubuhan pemantauan pilihan raya dan parti-partinpembangkang yang lain. Kejayaannya telah disahkan oleh Mahkamah Perlembagaan DRC selepas ahli politik pembangkang satu lagi, Martin Fayulu, mencabar keputusan tersebut, tetapi Tshisekedi telah dituduh membuat perjanjian dengan penyandang sebelumnya, Joseph Kabila. Pilihan raya tersebut menandakan peralihan kuasa aman yang pertama sejak DRC merdeka dari Belgium pada tahun 1960.