Extreme Pleasure Extra (album 2003)
| Extreme Pleasure Extra | ||||
|---|---|---|---|---|
| Re-pack oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 2003 | |||
| Dirakamkan pada | 2003 | |||
| Tempat | Malaysia | |||
| Genre | R&B, Hip-hop | |||
| Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
| Syarikat | The Promised Clan / Positive Tone | |||
| Penerbit | Pot Amir | |||
| Kronologi Ruffedge & V.E. | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Album Extreme Pleasure Extra merupakan album versi bungkusan semula kepada album Extreme Pleasure yang dihasilkan oleh dua kumpulan R&B dan hip hop Malaysia, Ruffedge dan V.E. Album ini memuatkan lagu hit, Khayalan yang pernah didendangkan oleh kumpulan Black Dog Bone pada dekad 70-an.
Khayalan adalah versi bahasa Melayu lagu Fantasy yang pernah dipopularkan oleh kumpulan barat, Earth Wind & Fire.
Ruffedge dan V.E telah mempersembahkan Khayalan bersama-sama Jatt, penyanyi Black Dog Bone di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 pada 14 Mac 2004. Rata-rata wartawan hiburan menyifatkannya sebagai persembahan paling mantap pada acara tersebut.