Ewal Ismail

Ewal Ismail
Kelahiran
Ikhwal Hafiz Bin Ismail

(1992-04-16) 16 April 1992
Nama lainEwal / Iqwal
PekerjaanPenyanyi, pengarah, komposer, pelakon, penulis lirik, guru vokal
Tahun aktif2007–kini
Ketinggian165 cm (5 ka 5 in)
Ibu bapaMyn Khairuddin (Ibu) & Mel Wings (Ayah)
Kerjaya muzik
GenreRnB, Pop, Rock
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanBLVCKKEYS ENTERTAINMENT
Kegiatan berkaitanKristal


Ikhwal Hafiz Ismail (lahir 16 April 1992) atau lebih dikenali sebagai Ewal / Iqwal merupakan seorang penyanyi, produser, komposer, pelakon, penulis lirik, guru vokal Malaysia.


Ewal merupakan finalis Akademi Fantasia Musim 11 dengan meraih tempat ketiga. Namanya 'IQWAL' telah bertukar [Rebrand] menjadi EWAL atas sebab sistem undian [SMS] & atas sebab sebab tertentu untuk program Akademi Fantasia 2014.

Single hit:

KEMBALIKAN SEMULA [2014]

SELURUH HIDUP [2015]

CERITA CINTA KITA Duet bersama Indah Ruhaila AF 2013 - OST Reality Program 'Pelamin Fantasia' [2016]

STUCK [2018]

Sebelum menyertai Akademi Fantasia 2014 (Musim 11) , Beliau sudah pun bergelar artis rakaman dan mempunyai 3 buah album solo.

Album pertama: IQWAL 09 (2009)

Album ke-2: IQWAL 1 Malaysia (2010) Mendapat pengiktirafan dari Malaysia book of records [Artist Malaysia pertama merakamkan Album 1 Malaysia mempunyai 6 bahasa]

Album ke-3: IQWAL MADE IN HOLLYWOOD (2011) yang dirakamkan di Amerika Syarikat (US).

Ewal memulakan karier nyanyiannya seawal 2 tahun, mengikuti jejak langkah bapanya Mel (Bekas vokalis kumpulan WINGS) pada tahun 1995 - 1996.

Pada tahun 2008, EWAL / IQWAL mewakili Malaysia ke Amerika Syarikat, Los Angeles [Hollywood] untuk 2 pertandingan WORLD CHAMPIONSHIP OF PERFORMING ARTS [WCOPA] & Best New Talent, Pada usianya 16 tahun.

EWAL / IQWAL menjuarai dan meraih 4 pingat emas, 1 pingat Perak, 1 "Hollywood Industry Award' dalam kategori Vokal: RnB, Pop, Rock, Open style & Original works dan satu lagi anugerah yang berjaya dimenangi iaitu Best International Artist [Award] yang diadakan di Kodak Theatre, Hollywood, Los Angeles [U.S]

Beliau juga merupakan artis Malaysia yang pertama membuat persembahan di Kodak Theatre, Hollywood, Los Angeles [U.S]

Selain itu, Beliau juga mampu menyanyi dalam 16 bahasa. [Spanish, Italian, Mexican Latin, Japanese, Korean, Thai, Arab, Tagalog, Hindi, tamil, Mandarin, Cantonese, Iban, Kadazan, Malay & English]

Kini EWAL adalah vokalis Kumpulan Kristal (2019 - Kini) Telah mengeluarkan beberapa buah lagu hit [Single]

Seperti:

TERPISAH- 2020

CUKUP AKU SAJA - 2021