Eutrofikasi
Eutrofikasi (Greek: eutrophia—sihat, nutrisi yang mencukupi, perkembangan; Jerman: Eutrophie) atau lebih tepat lagi hipertrofikasi, adalah respon ekosistem terhadap penambahan bahan-bahan tiruan atau asli, yang terkandungnya bahan fosfat, melalui detergen, baja, atau sampah, ke dalam satu sistem akuatik. Salah satu daripada contoh eutrofikasi ialah peningkatan mendadak fitoplankton dalam badan air sebagai tindak balas terhadap peningkatan tahap nutrien. Kesan alam sekitar negatif termasuk hipoksia, iaitu pengurangan oksigen di dalam air, yang boleh menyebabkan kematian haiwan akuatik berlaku.