Eutektik

Eutektik merupakan campuran unsur atau sebatian kimia yang mempunyai kandungan kimia tunggal yang memejal pada suhu yang lebih rendah daripada mana-mana kandungan lain yang dihasilkan daripada bahan yang sama. Kandungan ini dikenali sebagai "kandungan eutektik" manakala suhu proses pemejelan tersebut pula disebut sebagai "suhu eutektik".

Pada gambar rajah fasa, penyilangan suhu eutektik dan kandungan eutektik memberikan "titik eutektik". Campuran bukan eutektik akan menunjukkan pemejalan satu komponen campuran sebelum yang lain. Tidak semua pancalogam perduaan mempunyai titik eutektik, contohnya dalam sistem emas-perak, kedua-dua suhu cecair dan suhu pepejal meningkat secara ekanada disebabkan oleh perubahan campuran daripada perak tulen kepada emas tulen.