Eurocopter EC225 Super Puma

EC225 Super Puma
H225
Sebuah helikopter EC225 milik Agensi Keselamatan Maritim Sepanyol di Lapangan Terbang A Coruña
Peranan Helikopter mengangkut penumpang
National origin Multinational
Pengeluar Eurocopter
Airbus Helicopters
Penerbangan sulung 27 November 2000
Pengenalan Disember 2004
Pengguna utama CHC Helicopter
Dikeluarkan 1999–kini
Jumlah dibina 170+(as of 2016)
Dibangunkan daripada Eurocopter AS332 Super Puma
Kelainan Eurocopter EC725

Airbus Helicopters H225 (dahulunya Eurocopter EC225 Super Puma) adalah sebuah helikopter mengangkut penumpang jarak jauh yang dibangunkan oleh Eurocopter sebagai sebuah generasi baharu dalam keluarga helikopter awam Super Puma. Ia memiliki sepasang enjin kembar dan boleh membawa sehingga 24 orang penumpang bersama dua orang juruterbang dan seorang pembantu kabin, bergantung pada konfigurasi pelanggan. Helikopter dipasarkan bagi tugas-tugas mengangkut penumpang VIP dan sokongan luar pantai, selain misi-misi khidmat awam.

EC225 juga mempunyai versi ketenteraan yang mana asalnya didesignasikan sebagai Eurocopter EC725; pada tahun 2015, ia dijenamakan semula sebagai H225M. Pada tahun 2015, EC225 secara rasminya dinamakan semula sebagai H225, selari dengan penjenamaan semula korporat Eurocopter sebagai Airbus Helicopters.