Euboea (mitologi)
Euboea (sebutan: /jubiɑ/; Bahasa Yunani Kuno: Εὔβοια, Eúboia bermaksud 'lembu baik') ialah nama beberapa orang wanita dalam mitologi Yunani.
- Euboea, salah seorang anak perempuan naiad, iaitu semangat air, dari Argos kepada dewa sungai Asterion. Euboea dan adik-beradik perempuannya, Acraea dan Prosymna, ialah pengasuh-pengasuh Hera.
- Euboea, ibu kepada Triopas dan mungkin juga Arestor dengan Phorbas, raja Argos.
- Euboea, salah seorang anak perempuan naiad kepada dewa sungai Asopus dan mungkin Metope, nimfa sungai dan anak perempuan kepada sungai Ladon. Euboea ialah saudara perempuan Aegina, Thebe, Plataea, Sinope, Thespia, Tanagra, Corcyra dan Salamis. Dua yang terakhir dan Euboea semuanya diculik oleh Poseidon daripada bapa mereka. Poseidon membawanya ke Euboea di mana namanya menjadi nama pulau tersebut. mungkin sama dengan Chalcis atau Combe, anak-anak perempuan Asopus dalam beberapa mitos.
- Euboea, anak perempuan Larymnus. Dia dan Polybus dari Sicyon mungkin ibu bapa Glaucus.
- Euboea, anak perempuan Macareus, raja Locris. Dia melahirkan anak lelaki Apollo, Agreus. Kemungkinan kakak Euboea ialah Megaclite, permaisuri Zeus.
- Euboea, seorang puteri Thespia sebagai salah seorang daripada 50 orang anak perempuan Raja Thespius dan Megamede atau salah seorang daripada beberapa orang isterinya. Apabila Herakles berburu dan akhirnya membunuh singa Kithairon, Euboea bersama dengan adik-beradik yang lain, kecuali seorang, semuanya menidurinya dalam satu malam, seminggu atau selama 50 hari sebagaimana yang bapa mereka arahkan. Euboea melahirkan Herakles seorang anak lelaki, Olympus.