Escalope

Escalope (turut dieja escallope) ialah sekeping daging yang tidak bertulang dan dinipiskan menggunakan tukul daging, torak atau diketuk dengan pemegang pisau. Penukul daging itu akan memecahkan serat daging dan menjadikannya lebih lembut manakala daging yang nipis itu memudahkan masak dengan cepat tanpa kehilangan banyak kelembapan.