Ertugrul

Ertuğrul
Pemimpin puak Kayı (pra-Empayar Uthmaniyyah)
Nama penuhErtuğrul Gazi bin Suleyman Shah
KeputeraanTidak diketahui
Mangkatsekitar 1280
Söğüt, Wilayah Bilecik, Turki
PendahuluSuleyman Shah
PenggantiOsman I
PasanganHalime Hatun
AyahandaSuleyman Shah
BondaHayme Hatun
AgamaIslam

Ertuğrul (Turki Uthmaniyah: ارطغرل, Erṭoġrıl; sering kali dengan gelaran Gazi) (meninggal dunia sekitar tahun 1280) merupakan bapa kepada Osman I, pengasas bagi Empayar Uthmaniyyah. Selain sejarah beliau yang dibuktikan melalui wang syiling yang dikeluarkan oleh Osman I yang mana meletakkan Ertuğrul sebagai bapa beliau, hampir tiada bahan-bahan lain yang dapat membuktikan akan kisah kehidupan atau aktiviti beliau. Berdasarkan lagenda Uthmaniyah, beliau merupakan anak lelaki kepada Suleiman Shah, pemimpin puak Kayı dari bangsa Oghuz Turk, yang melarikan diri daripada timur Iran ke Anatolia untuk melepaskan diri daripada penaklukan Mongol. Mengikut lagenda ini, setelah kematian bapa beliau, Ertuğrul dan para pengikut beliau berkhidmat dengan Kesultanan Rum Seljuk, yang mana beliau kemudian dianugerahkan sebidang tanah di kota Söğüt di perbatasan dengan Empayar Byzantine. Rangkaian peristiwa ini akhirnya menyebabkan pengasasan Empayar Uthmaniyah. Sepertimana anak lelaki beliau, Osman, dan keturunan selepas mereka, Ertuğrul sering kali dirujuk sebagai seorang Ghazi, seorang juara pejuang dalam menyebarkan agama Islam.