Eric Mabius
Eric Mabius | |
|---|---|
| Kelahiran | Eric Harry Timothy Mabius 22 April 1971 |
| Ketinggian | 6' (1.83 m) |
| Pasangan | Ivy Sherman (2006 - kini) 1 anak |
Eric Harry Timothy Mabius ( Eric Mabius ) dilahir pada 21 April 1971 di Harrisburg, Pennysylvania. Pelakon yang mempunyai susur galur dari keturunan Ireland, Austria dan Poland ini telah berkahwin pada Januari 2006 di New Orleans. Sebelum bergelar pelakon, Eric merupakan pelajar Sarah Lawrence College. Kerjayanya bermula sedari tahun 1995 apabila di terlibat dalam “Welcome to the Dollhouse” yang turut dibintagi oleh Heather Matarozzo sebelum melibatkan diri dalam “I Shot Andy Warhol’ pada 1996. Filem terbesar dan juga sekaligus telah membuka mata masyarakat ialah “Resident Evil”.
Dalam bidang lakonan TV, pada tahun 2005 beliau pernah menjadi salah seorang pelakon untuk drama siri The O.C dan sebelum itu menjadi undangan untuk “The L Word" (musim pertama, 2004) dan diikuti untuk satu episod untuk musim berikutnya (musim ke-2 dan ke-3). Kerjayanya semakin menyinar apabila ditawarkan memegang watak hero dalam drama bersiri komedi, “Ugly Betty” yang diadaptasikan menerusi telenovela, “Yo soy Betty, la Fea”. Menerusi “Ugly Betty” beliau digandingkan bersama America Ferrera (sebagai “Betty Suarez”) dan memegang watak “Daniel Meade” iaitu editor majalah fesyen terkemuka AS, Mode dan juga seorang lelaki yang kacak serta diminati ramai perempuan.