Eric Fuzi

Eric Fuzi
Kelahiran
Muhamed Eric bin Muhamed Fuzi

(1992-09-15) 15 September 1992
WarganegaraMalaysia
Nama lainEric
PendidikanDiploma Filem dan TV (Aswara) 2010-2013 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni (Aswara) 2013-2017
PekerjaanPelakon, pemuzik, pengarah, penerbit
Tahun aktif1999–kini
Ketinggian170 cm (5 ka 7 in)
Ibu bapaMuhamed Fuzi (ayah)

Muhamed Eric Muhamed Fuzi (lahir 15 September 1992) merupakan seorang pelakon, pemuzik, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia. Beliau kini ialah ahli kumpulan Floor 88 di mana beliau merupakan pemain papan nada. Mula bergiat dalam bidang seni pada tahun 1999 melalui pentas teater dan aktif sebagai pelakon kanak-kanak di industri TV dan Filem Malaysia. Lagu "Roadblock Hatiku" duet bersama Baby Shima mencatat lebih 61 juta tontonan dan single "Hutang" mendapat tontonan 102 juta sekali gus menunjukkan penerimaan positif terhadap Floor 88. Sebagai pelakon, beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen dan filem.