Epoch Cassette Vision
| Pengilang | Epoch |
|---|---|
| Jenis | Konsol permainan video |
| Generasi | Generasi kedua |
| Ketersediaan runcit | 30 Julai 1981 |
| Media | Katrij ROM |
Epoch Cassette Vision merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Epoch dan dilancarkan di Jepun pada 30 Julai 1981. Konsol ini boleh dikatakan memiliki alat pengawal yang agak unik; empat tombol terbina di atas badan konsol, 2 pemain akan menggunakan 2 tombol (1 tombol untuk pergerakan mendatar dan 1 lagi tombol untuk pergerakan melintang), dan juga 2 butang untuk setiap pemain.
Konsol ini pada asalnya dijual pada harga ¥13,500, manakala judul permainan video pula dijual pada harga ¥4,000. Ianya telah terjual sebanyak lebih kurang 400,000 unit, menjadikannya antara konsol permainan video paling banyak terjual pada ketika itu di Jepun sebelum konsol Nintendo Entertainment System mula dipasarkan. Syarikat Epoch kemudian mengumumkan pengganti kepada konsol ini iaitu Super Cassette Vision.