Epipremnum

Epipremnum
Epipremnum pinnatum
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Subkeluarga: Monsteroideae
Tribus: Monstereae
Genus: Epipremnum
Schott
Sinonim

Anthelia Schott 1863, homonim tak sah, bukan Dumort. 1835

Epipremnum ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Araceae yang dijumpai di hutan tropika dari China, Himalaya, dan Asia Tenggara ke Australia dan barat Pasifik. Ia pepanjat saka malar hijau yang memanjat dengan bantuan akar udara. Ia sering dikelirukan dengan Monstereae lain semacam Rhaphidophora, Scindapsus dan Amydrium.

Seluruh bahagian tumbuhan ini beracun, selalunya lantaran trikosklereid (sel panjang yang tajam) dan rafid. Tumbuhan ini mampu tumbuh melebihi 40 m (131 ka) dengan daun lebih 3 m (10 ka) panjang, tetapi ukurannya akan sedikit berkurang di dalam bekas. Tumbuhan yang terkenal dengan sirih gading atau rengut ini, bergantung pada spesiesnya, selalu ditanam menjadi tanaman rumah di kawasan beriklim sedang. Daun mudanya hijau cerah, kerap beraneka corak kuning atau putih tanpa teratur. Ia mampu mencari perumahnya melalui penggunaan skototrofisme.