Ephesos

Ephesos (Yunani: Ἔφεσος, rumi: Éphesos; Latin: Ephesus; Turki: Efes) dulunya adalah salah satu bandar terbesar di Asia Kecil. Ia didirikan pada zaman Yunani Purba terletak di pantai barat Anatolia, kini berhampiran Selçuk di wilayah İzmir, Turki.

Bandar ini terkenal sebagai lokasi terletaknya Kuil Artemis yang merupakan salah satu Tujuh Keajaiban Dunia Purba. Ia turut menjadi tumpuan dalam kalangan penganut agama Kristian sebagai antara tempat tumpuan kerana terletaknya salah satu gereja terawal yang disebutkan dalam Kitab Wahyu kepada Yohanes; malah Yohanes dipercayai mengarang Injilnya di kota ini.