Galah

Galah
Burung jantan di Tasmania, Australia
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Superkeluarga:
Keluarga:
Subkeluarga:
Cacatuinae
Tribus:
Cacatuini
Genus:
Eolophus

Bonaparte, 1854
Spesies:
E. roseicapilla
Nama binomial
Eolophus roseicapilla
Vieillot, 1817
Taburan populasi Galah (warna merah; sepanjang tahun)
Sinonim

Cacatua roseicapilla Templat:Taxobox authority

Galah (Jawi: ݢاله) , Eolophus roseicapilla, juga dikenali sebagai Kakaktua Dada Ros, Kakaktua Galah, Kakaktua Roseate atau Merah Jambu dan Kelabu, adalah salah satu burung kakaktua yang biasa ditemui dan paling meluas populasinya di tanah besar Australia.

Galah berasal dari tanah besar Australia sebelum dibawa masuk ke Tasmania, di mana warna bulu merah jambu dan kelabu yang terang serta kemampuannya untuk membuat bunyi yang kuat merupakan pemandangan yang biasa di belukar dan kini merebak ke kawasan bandar. Ia seolah-olah mendapat manfaat daripada perubahan landskap sejak penjajahan orang Eropah dan mungkin akan menggantikan Kakaktua Mejar Mitchell di sebahagian kawasan taburannya.

Istilah galah terbit daripada perkataan gilaa, sebuah perkataan daripada bahasa Yuwaalaraay dan bahasa-bahasa orang asli yang berhampiran.