Eoin Macken
Eoin Macken | |
|---|---|
Macken semasa tayangan perdana Man of Steel di Sydney pada Jun 2013 | |
| Kelahiran | Eoin Christopher Macken 21 Februari 1983 Dublin, Ireland |
| Pekerjaan | Pelakon, peragawan, penulis |
| Tahun aktif | 2003–kini |
Eoin Christopher Macken (lahir 21 Februari 1983) merupakan seorang pelakon, pembikin filem, penulis dan peragawan Ireland.
Macken pernah bekerja untuk Abercrombie and Fitch, Ralph Lauren, dan GQ, serta muncul dalam beberapa buah filem termasuklah The Callback Queen, dan Centurion. Selain filem, beliau turut pernah muncul dalam siri televisyen seperti RTÉ's Fair City sebagai Gavin Cluxton dan Merlin sebagai Sir Gwaine. Sebagai pengarah, beliau pernah mengarahkan beberapa buah filem termasuklah Christian Blake (2008), Dreaming For You, The Inside dan Cold. Macken turut mengarahkan dokumentari The Fashion of Modelling.