Enggang tanah

Enggang tanah
Julat zaman: Miosen Pertengahan hingga kini
Kepala jantan Bucorvus abyssinicus
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Bucorvidae
(Bonaparte, 1854)
Genus: Bucorvus
(Lesson, 1830)
Spesies

Bucorvus leadbeateri
Bucorvus abyssinicus
Mungkin termasuk Bycanistes

Enggang tanah (Bucorvidae) ialah keluarga enggang dalam order Bucerotiformes, yang terdiri daripada genus tunggal Bucorvus dan dua spesies yang masih ada. Keluarga ini endemik di Afrika sub-Sahara: enggang tanah utara terdapat di jaluran dari Senegal timur hingga ke Habsyah, dan enggang tanah selatan terdapat di selatan dan timur Afrika.

Saiznya besar, dengan ketinggian sekitar satu meter. Kededua spesies ialah penghuni atas tanah, tidak seperti enggang lain. Juga tidak seperti kebanyakan enggang lain, ia bersifat karnivor dan memakan serangga, ular, burung lain, amfibia, dan juga kura-kura. Ia antara burung yang paling lama hidup, dan spesies selatannya yang lebih besar kemungkinan adalah burung yang paling lambat membiak (setiap tiga tahun) dan paling lama hidup antara semua.