Ender's Game

Ender's Game ("Permainan Ender") ialah sebuah novel cereka sains tentera tahun 1985 bahasa Inggeris karya Orson Scott Card. Ia mengisahkan pertembungan antara manusia di Bumi dan sebuah spesies makhluk asing seakan serangga yang cuba menakluk planet tersebut namun cuba dipertahankan askar angkasa anak-anak yang diberikan latihan ketat. Buku ini asalnya daripada sebuah cerita pendek berjudul sama yang terbit dalam isu Ogos 1977 majalah Analog Science Fiction and Fact sebelum dikembangkan dan dibukukan pada 15 Januari 1985.

Novel ini banyak mendapat sambutan baik pengkritik sastera meskipun tahap keganasan yang ada dalan penceritaan ini mendapat perhatian umum. Buku ini memenangi kategori novel terbaik dalam Anugerah Nebula 1985 dan Anugerah Hugo 1986. in the genres of science fiction and fantasy. Malah, ia juga menjadi bacaan pilihan banyak organisasi angkatan tentera termasuk Kor Marin Amerika Syarikat. Novel ini turut menjadi laris sehingga diterjemahkan dalam 34 buah bahasa.

Karya ini turut disusuli sebuah siri empat novel yang mengembangkan latar cerita dan watak daripada novel pertama.