Keju Emmental
| Emmental | |
|---|---|
| Maklumat umum | |
| Jenis | Keju susu lembu, keju dimasak tekan |
| Dinamakan sempena | Emmental |
| Pensijilan | Gelaran asal dilindungi |
| Asalan | |
| Negara | Switzerland |
| Wilayah, bandar | Berne, Emmental |
| Lokasi | Emmental |
| Gastronomi | Keju Swiss |
| Ciri-ciri | |
| Sumber susu | lembu |
| Dipasteurkan | Tidak dalam pembuatan secara tradisional |
| Tekstur | Keras |
| Kandungan lemak | 45% |
| Tempoh penuaan | 4 bulan |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Emmental, Emmentaler, Emmenthal, atau Emmenthaler adalah keju dari Switzerland yang dibuat dengan susu lembu mentah dan mempunyai banyak lubang atau "mata" yang bersaiz besar. Keju ini dikenali sebagai "keju Swiss" di Amerika Utara walaupun keju Switzerland tidak selalu merujuk kepada Emmental. Keju tiruan Emmental di Norway dikenal dengan nama Jarlsberg. Keju ini mendapatkan namanya dari daerah asalnya iaitu lembah Emme di Canton Bern dan telah mendapat perakuan daripada AOC (Appellation d'Origine Contrôlée). Pensijilan AOC menyebabkan hanya keju yang dihasilkan di Emmental saja yang dapat diberi label "Emmentaler Swiss". Namun, nama "keju Emmental" tidaklah dilindungi sehingga banyak tiruannya yang dihasilkan di pelbagai negara.