Emir Abdelkader

Amir
Abdelkader El Djezaïri
عـبـد الـقـادر الـجـزائـري
Fotograf tangkapan Étienne Carjat in 1865
Nama asalعبد القادر ابن محيي الدين
Nama lahirAbdelkader ibn Muhieddine al-Hasani-
Kelahiran(1808-09-06)6 September 1808
Guetna, Algeria Uthmaniyah
Meninggal dunia26 Mei 1883(1883-05-26) (umur 74)
Damsyik, Syria Uthmaniyah
DisemadikanEl Alia
PangkatAmir
PertempuranPertempuran Macta
Pertempuran Sig
Pertempuran Sidi-Brahim
Pertempuran Oued Aslaf
Pertempuran Agueddin
AnugerahLégion d'honneur (Grand-Croix)
Darjah Pius IX
Pangkat Pertama Darjahe Medjidie
Order of the Redeemer (Grand Cross)

Amir Abdelkader ibn Muhieddine (6 September 1808 - 26 Mei 1883; Arab: عبد القادر ابن محيي الدين, rumi: ʿAbdu al-Qādir ibn Muḥyi id-dīn) atau juga dikenali sebagai Abdelkader El Hassani El Djazairi adalah seorang cendekiawan, ahli sufi dan panglima tentera Algeria yang memimpin perjuangan menentang penaklukan kerajaan Perancis pada pertengahan abad ke-19. Beliau berjaya menyatukan suku-sakat tanahnya bertahun-tahun berjaya memerangi kuasa Perancis yang pada ketika itu salah satu tentera paling maju di Eropah. Beliau menawan perhatian sedunia kerana tindakan kemanusiaannya membantu masyarakat Kristian Damsyik yang terjejas akibat rusuhan oleh kaum Duruzi tahun 1860.

Di Algeria, usahanya untuk menyatukan negara itu melawan penjajah Perancis disanjung dengan perbandingan seakan Jugurtha, raja Numidia yang terkenal, kemampuannya untuk menggabungkan kuasa agama dan politik telah menyebabkan dia diakui sebagai "Wali segala Putera, Putera segala Wali". Beliau turut mendapat akuan orang Eropah yang kagum dengan keperibadian dan sifat murah hati serta simpati kepada tawanan perang.