Elvina Chua

Elvina Chua
Kelahiran (1990-11-10) 10 November 1990
Klang, Selangor
WarganegaraMalaysia
PendidikanBachelor of Business Marketing
Pusat pendidikanHELP University

Elvina Chua (lahir 10 November 1990) merupakan seorang pelakon, model dan bekas ratu cantik Malaysia yang berasal dari Klang, Selangor. Memulakan kerjaya awal sebagai model dan personaliti media sosial, beliau juga banyak membintangi filem, drama dan telefilem tempatan. Beliau terkenal menerusi watak Sasha lakonannya dalam filem Ada Hantu (2021) dan Ada Hantu 2 (2022). Selain menceburi bidang lakonan, beliau juga merupakan seorang guru yoga yang bertauliah (RYT200).