Ellie Suriaty

Ellie Suriaty
ايللي سورياتي
Kelahiran
Ellie Suriaty binti Omar

(1970-02-20) 20 Februari 1970
PekerjaanPelakon, Pengarah, Penulis skrip
Tahun aktif1998–kini
PasanganAzri Iskandar (k. 2003; c. 2022)
Anak-anak2
IbuNoriah Mat Akhir

Ellie Suriaty Omar (Jawi: ايللي سورياتي; lahir 20 Februari 1970) ialah seorang pelakon dan pengarah wanita Malaysia. Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 melalui filem Soalnya Siapa?. Pada tahun 2016, Ellie telah dilantik sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia 2016 (AF2016) dan memikul tanggungjawab selaku Guru Seni Persembahan.