Ella USA merupakan album studio kelima oleh penyanyi rock wanita terkenal Malaysia, Ella, yang diterbitkan pada tahun 1994. Menerusi album ini, Ella telah mencipta sejarah sebagai penyanyi rock wanita Malaysia pertama yang merakamkan album studio sepenuhnya di luar negara, iaitu di California, Amerika Syarikat. Album ini juga merupakan satu-satunya album artis dari Malaysia yang mendapat sentuhan pemain gitar terkenal dari Jepun iaitu Kyoji Yamamoto yang bertanggungjawab sebagai pemuzik latar, penerbit dan pencipta untuk sepuluh buah lagu dalam album tersebut.