Elizabeth (filem)

Elizabeth
PengarahShekhar Kapur
PenulisMichael Hirst
Dihasilkan olehTim Bevan
Eric Fellner
Alison Owen
DibintangiCate Blanchett
Geoffrey Rush
Christopher Eccleston
Joseph Fiennes
John Gielgud
Richard Attenborough
Kenny Doughty
SinematografiRemi Adefarasin
Disunting olehJill Bilcock
Muzik olehDavid Hirschfelder
Syarikat
penerbitan
PolyGram Filmed Entertainment
Kapurfilm
Working Title Films
Film4 Productions
StudioCanal
Diedarkan olehGramercy Pictures
Tarikh tayangan
  • 8 September 1998
    (VFF)
  • 23 Oktober 1998
    (United Kingdom)
Masa tayangan
126 minit
NegaraUnited Kingdom
BahasaEnglish
Perancis
Bajet$30 juta
Pecah panggung$82,150,642

Elizabeth ialah sebuah filem biografi British 1998 ditulis oleh Michael Hirst, diarahkan oleh Shekhar Kapur dan dibintangi Cate Blanchett sebagai Ratu Elizabeth I dari England bersama-sama Geoffrey Rush, Christopher Eccleston, Joseph Fiennes, Sir John Gielgud, Fanny Ardant dan Richard Attenborough. Pada tahun 2007, Blanchett dan Rush menyambung watak mereka dalam filem sekuel, Elizabeth: The Golden Age.

Filem ini membawa pelakon Australia, Blanchett kepada perhatian antarabangsa. Beliau memenangi beberapa anugerah untuk lakonannya sebagai Elizabeth termasuk Anugerah BAFTA dan Golden Globe pada tahun 1998. Elizabeth dicalonkan dalam 7 kategori di Anugerah Akademi ke-71 termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik. Filem ini berjaya memenangi kategori Solekan Terbaik.