Ekskavasi
Ekskavasi (disebut [éks.ka.va.si]) adalah kegiatan menggali lokasi atau "tapak" tertentu untuk mendedahkan, membersihkan serta merakam dan mencatat tinggalan arkeologi yang tertimbul seperti artifak dan bentuk muka bumi unik serta hubungan ditunjukkan melalui bukti organik tinggalan hasil kegiatan manusia yang pernah hidup pada zaman itu. Tapak-tapak ini boleh merangkum satu hingga beberapa kawasan dalam suatu projek yang boleh memakan masa selama beberapa minggu hingga beberapa tahun.