Ekonomi Iran

Ekonomi Iran
Mata wangRial Iran
Tahun fiskal21 Mac - 20 Mac
Pertubuhan perdaganganECO,OPEC,WTO (pemerhati)
Perangkaan
KDNK$610 bn (2005)
Pertumbuhan KDNK5% (2006)
KDNK per kapita$8,900 (2006)
KDNK mengikut sektorpertanian (11.2%), industri (41.7%), perkhidmatan (47.1%) (2006)
Inflasi (CPI)15.8% (2006)
Populasi
dibawah garis kemiskinan
16% (2006)
Tenaga buruh24.36 juta (2006)
Tenaga buruh mengikut pekerjaanperkhidmatan (45%), pertanian (30%), industri (25%) (2001)
Pengangguran11.2% (2004)
Industri utamapetroleum gas asli; perkilangan; industri farmasi; tekstil
Dagangan antarabangsa
Eksport$63.18 bn (2006)
Barangan yang dieksportpetroluem; produk kimia dan petro-kimia; tekstil; produk ketenteraan; otomobil dan hasil pertanian
Rakan dagangan eksport utamaJepun 16.9%,, China 11.2%, Itali 5.9%, Korea Selatan 5.8%, Afrika Selatan 4.1%, Taiwan 4.1%, (2005)
Import$45.48 bn (2006)
Barangan yang diimportBahan mentah industri; dana kewangan; perkhidmatan; elektrik dan elektronik
Rakan dagangan import utamaJerman 13.9%, Emiriah Arab Bersatu 8.4%, China 8.3%, Itali 7.1%, Perancis 6.3%, Korea Selatan 5.4%, Rusia 4.9% (2005)
Kewangan awam
Hutang awam25.3% dari PNK (2006)
Hasil negara$104.6 bn (2006)
Bantuan ekonomi$408 juta (2002)

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting

Mengikut Perkara 44 dalam Perlembagaan Iran, ekonomi Iran terbahagi kepada tiga sektor iaitu sektor kerajaan, sektor koperasi (kerjasama syarikat) dan sektor swasta.

Sektor kerajaan adalah meliputi industri-industri berat, perdagangan antarabangsa, perlombongan, perbankan dan insuran, rangkaian pengairan luas, komunikasi, pengangkutan awam dan lain-lain lagi. Kesemua sektor ini diletakkan dibawah penguasaan kerajaan Iran. Sektor koperasi pula meliputi kerjasama-kerjasama syarikat-syarikat dan perusahaan-perusahaan swasta yang ingin mengembangkan operasi mereka di kawasan bandar dan luar bandar. Sektor yang terakhir ialah sektor swasta yang dimana operasi mereka ialah pembinaan, pertanian, industri, perdagangan dan perkhidmatan. Operasi-operasi ini bertindak sebagai penyokong sektor kerajaan dan koperasi. Dewasa ini, peranan sektor swasta dikembangkan lagi dengan penswastaan 80% sektor kerajaan.