Eduskunta

Parlimen Finland (Suomi: Suomen eduskunta, Svensk: Finlands riksdag) merupakan badan perundangan terutama negara Finland yang diasaskan pada tanggal 9 Mei 1906. Ia memegang kuasa rakyat negara mengikut Perlembagaan Finland. Ia dianggotai 200 orang ahli: 1 wakil daripada Kepulauan Åland manakala 199 wakil yang lain dilantik setiap empat tahun hasil pilihan raya peringkat daerah menggunakan kaedah d'Hondt.