Edgar Wright
Edgar Wright | |
|---|---|
Wright di San Diego Comic-Con International 2013 | |
| Kelahiran | Edgar Howard Wright 18 April 1974 |
| Warganegara | British |
| Pekerjaan | Pengarah filem, penerbit, penulis skrip, pelakon |
| Tahun aktif | 1988–kini |
| Laman web rasmi | edgarwrighthere |
Edgar Howard Wright atau nama pendeknya Edgar Wright (lahir 18 April 1974) ialah seorang pengarah, penulis lakon layar, penerbit, dan pelakon dari England. Beliau lebih dikenali menerusi karya trilogi komedi "Cornetto Tiga Rasa" (Three Flavours Cornetto") beliau yang terdiri daripada Shaun of the Dead (2004), Hot Fuzz (2007), dan The World's End (2013), kesemuanya dibuat dengan kerjasama Simon Pegg, Nira Park dan Nick Frost. Beliau turut bekerjasama dengan mereka sebagai pengarah siri televisyen Spaced.
Beliau merupakan penulis bersama, penerbit serta pengarah filem Scott Pilgrim vs. the World pada 2010. Beliau menulis lakon layar untuk filem The Adventures of Tintin arahan Steven Spielberg bersama-sama kawannya Joe Cornish dan Steven Moffat. Wright dan Cornish turut menulis bersama lakon layar filem Ant-Man keluaran Marvel Studios yang asalnya bakal diarahkan oleh Wright, namun Wright meninggalkan projek tersebut atas sebab pertelingkahan idea dengan studio yang mengupahnya itu. Pada tahun 2017, Wright menulis, mengarah serta menerbitkan filem aksi komedi Baby Driver.