Eddie Ahmad

Eddie Ahmad
Maklumat latar belakang
Nama lahirEddie Ahmad
Juga dikenali
sebagai
Eddie
Asal Singapura
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPenyanyi
Alat muzikVokal
Tahun aktif1960-an -1970an
sunting ยท sunting di Wikidata

Allahyarham Eddie Ahmad (1948 - 1993) merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Eddie Ahmad sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Guys. Beliau merakamkan EP pertamanya dengan lagu Lagu-lagu "Aku Tetap Merindu", "Aku Kechewa" dan "Dara Ayu", keluaran EMI/Parlophone tahun 1966.

Selain "Aduh Sarodja" (1966), EP lain Eddie Ahmad - satu dengan The Antartics (1967), satu dengan The Guys (1969), dua album solo - "Madah Perpisahan" & "Kasih Yang Tak Berakhir" (1971) dan satu dengan adiknya Hamidah iaitu "Mawarku" (1973), "Dara Puspita" (1967), "Gadis Melati" (1967), "Untuk Temanku" (1968), "Nadirah" (1968) dn "Potret Kasihku" (1970).

Kali terakhir Eddie Ahmad muncul di kaca TV Singapura ialah pada tahun 1991 ketika beliau diundang oleh rancangan "Hiburan Minggu Ini" untuk mendendangkan semula lagu "Aduh Sarodja" dalam rentak R&B.

Eddie Ahmad meninggal dunia di Copenhagen, Denmark pada 1993 pada usia 45 tahun.