Eclectus

Eclectus
Sepasang nuri bayan Papua (Eclectus polychloros)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Psittaciformes
Keluarga: Psittaculidae
Tribus: Psittaculini
Genus: Eclectus
Wagler, 1832
Spesies jenis
Psittacus grandis
Gmelin, 1788
Spesies

4 wujud, 1 pupus (lihat teks)

Eclectus ialah genus nuri, iaitu Psittaciformes yang terdiri daripada empat spesies wujud yang dikenali sebagai nuri bayan, dan Eclectus infectus, iaitu nuri bayan laut yang telah pupus. Nuri bayan yang masih wujud ialah nuri berukuran sedang yang berasal dari rantau Oseania, khususnya New Guinea dan Australia. Si jantan kebanyakannya hijau terang, si betina pula selalunya merah terang. Nuri bayan jantan dan betina pernah dianggap sebagai spesies berlainan. Status pemuliharaan spesies selebihnya adalah kurang membimbangkan. Nuri bayan hidup elok dalam tangkapan, dan menjadi peliharaan yang sangat terkenal di seluruh dunia.