Electronic Entertainment Expo

Electronic Entertainment Expo
StatusAktif
GenreGenre bervariasi
TempatVariasi
LokasiVariasi
NegaraAmerika Syarikat
Dirasmikan1995
Kehadiran40,000+ (pendaftaran industri sahaja) 1995–2006, 2009–terkini
3,000–5,000 (undangan sahaja) 2007–2008
Dianjurkan oleh
Entertainment Software Association
Status pemfailan
Bukan berasaskan keuntungan
Laman sesawang
http://e3expo.com/
sunting

Electronic Entertainment Expo (bahasa Melayu: Ekspo Hiburan Elektronik), seringkali disingkatkan sebagai E3, merupakan sebuah ekspo untuk industri permainan video komputer dan lain-lain dipersembahkan oleh Entertainment Software Association (ESA). Ekspo ini digunakan oleh ramai pembangun permainan video untuk menunjukkan judul-judul permainan video mereka yang akan datang selain daripada perkakas komputer.

E3 dianggap sebagai salah satu ekspo terulung dalam industri permainan video dan kebanyakan para kritik permainan video, termasuklah GameSpot, G4, IGN dan Game Informer Magazine merekodkan ekspo tahunan ini secara rutin dan kadang-kala mempersembahkan beberapa siri anugerah E3.

Pada 12 Disember 2023, ESA mengumumkan penamatan ekspo tersebut selama-lamanya.