E-demokrasi
E-demokrasi (gabungan perkataan elektronik dan demokrasi), juga dikenali sebagai demokrasi digital atau demokrasi Internet, ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses politik dan tadbir urus. Istilah ini dipercayai telah dicipta oleh aktivis digital Steven Clift. E-demokrasi menggabungkan teknologi maklumat dan komunikasi abad ke-21 untuk mempromosikan demokrasi; teknologi tersebut termasuk teknologi sivik dan teknologi kerajaan. Ia merupakan satu bentuk kerajaan di mana semua warganegara dewasa dianggap layak untuk mengambil bahagian secara sama rata dalam cadangan, pembangunan dan penciptaan undang-undang.
E-demokrasi merangkumi keadaan sosial, ekonomi dan budaya yang membolehkan amalan bebas dan sama rata dalam menentukan nasib sendiri politik.
Penggunaan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok merupakan platfom yang penting dalam kempen politik pada masa dan era ini. Ia adalah satu komponen asas yang digunakan untuk menarik pengundi dan orang ramai ke arah kempen politik, terutamanya golongan muda yang memiliki akaun media sosial. Orang ramai cenderung lebih selesa menyuarakan pendapat mereka di media sosial berbanding media tradisional melalui komen kritis tentang pandangan mereka.