Dyana Sofya Mohd Daud

Dyana Sofya Mohd Daud
ديان سوفيا محمد داود
Maklumat peribadi
Lahir (1987-12-29) 29 Disember 1987
Ipoh, Perak, Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
PasanganZairil Khir Johari (k. 2018)
Tempat belajarUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanSetiausaha Politik Lim Kit Siang
Bidang pengkhususanPeguam

Dyana Sofya binti Mohd Daud (Jawi: ديان سوفيا محمد داود; lahir 29 Disember 1987) merupakan seorang peguam dan ahli politik Malaysia dan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen dan bekas pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Dyana juga merupakan seorang kolumnis untuk The Malay Mail Online. Beliau juga pernah menulis buku bertajuk Di Sini Bermula yang mengandungi kompilasi artikelnya yang ditulis untuk The Malay Mail Online.

Selepas pulang dari United Kingdom pada 2016, Dyana menjadi rakan kongsi di Ayub & Co, firma guaman yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor. Beliau berkahwin dengan ahli politik dan Exco Pulau Pinang Zairil Khir Johari.