Durian kuning

Durian kuning
Durio graveolens di Taman Botani Tropikal Fairchild, Miami
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Malvaceae
Genus: Durio
Spesies:
D. graveolens
Nama binomial
Durio graveolens
Becc., 1889

Durio graveolens ialah spesies pokok durian dalam keluarga Malvaceae. Ini ialah satu daripada enam spesies durian yang dinamai oleh pengkaji alami Itali, Odoardo Beccari. Nama epitet khusus graveolens ('berbau kuat') merujuk kepada bau buah durian. Sungguhpun buah-buah spesies Durio (terutamanya Durio dulcis) lazimnya memiliki bau yang kuat, buah daripada D. graveolens memiliki bau yang lebih sederhana. Pokok ini tumbuh secara alami di Asia Tenggara.

D. graveolens ialah sebuah durian yang boleh dimakan, dan mungkin buah durian 'liar' yang paling masyhur, dan dijual secara komersial di kawasan tempatan.