Dumbo

Dumbo
PengarahBen Sharpsteen
PenulisHelen Aberson (buku)
Harold Perl (buku)
Otto Englander (pengarah cerita)
Joe Grant
Dick Huemer
Dihasilkan olehWalt Disney
DibintangiEdward Brophy
Herman Bing
Margaret Wright
Sterling Holloway
Cliff Edwards
Muzik olehFrank Churchill
Lance Husher
Diedarkan olehRKO Radio Pictures
Tarikh tayangan
  • 23 Oktober 1941 (1941-10-23) (Bandar Raya New York)
  • 31 Oktober 1941 (1941-10-31) (U.S.)
Masa tayangan
64 minit
BahasaInggeris
BajetUSD950,000 (pra-inflasi)
Pecah panggung>$1.3 million (anggaran sewaan AS/Kanada, 1941)

Dumbo ("Sang Dungu") ialah sebuah filem animasi diterbitkan oleh Walt Disney dan ditayangkan ke pawagam oleh RKO Radio Pictures pada tanggal 23 Oktober 1941. Film ini merupakan filem ke-4 produksi Walt Disney Animation Studios, dan telah menjadi salah satu Filem Animasi Klasik Disney.

Filem ini diangkat dari buku cerita anak-anak setajuk karya Helen Aberson dengan ilustrasi oleh Helen Durney. Tokoh utamanya bernama Jumbo Jr., seekor gajah jantan yang bertingkah laku seperti manusia, dan diberi nama panggilan Dumbo. Ia memiliki telinga yang lebar yang dipakainya sebagai sayap untuk terbang. Di dalam cerita, teman setia hanyalah ibunya, dan seekor tikus bernama Timothy. Persahabatan Dumbo dan Timothy sekaligus merupakan parodi dari hubungan yang tidak serasi antara gajah dan tikus.

Ia tersenarai dalam Daftaran Filem Kebangsaan oleh pihak Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat tahun 2017 atas kepentingannya "dari segi budaya, sejarah, atau estetika"