Perdemangan Brunswick-Lüneburg
Perdemangan Brunswick dan Lüneburg Herzogtum Braunschweig-Lüneburg | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1235–1806 | |||||||||||
Jata | |||||||||||
Brunswick-Lüneburg sebagai sebahagian daripada Empayar Rom Suci, c. 1648 | |||||||||||
| Status | Perdemangan | ||||||||||
| Ibu negara | Braunschweig Lüneburg | ||||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Jerman Hilir Barat | ||||||||||
| Kerajaan | Perdemangan | ||||||||||
| Era Sejarah | Zaman Pertengahan | ||||||||||
• Henry si Singa dikalahkan; Saxony dibahagikan | 1180 1181 | ||||||||||
• Allod dinaikkan menjadi Perdemangan Brunswick dan Lüneburg | 1235 | ||||||||||
• Dipecahkan kepada Lüneburg dan Brunswick | 1269 | ||||||||||
• Grubenhagen diasaskan | 1291 | ||||||||||
• Göttingen diasaskan | 1345 | ||||||||||
• Brunswick terpecah kepada Wolfenbüttel dan Calenberg | 1432 | ||||||||||
• Penamat Empayar Suci Rom | 1806 | ||||||||||
| Mata wang | Goldgulden, thaler, pfennig | ||||||||||
| |||||||||||
| Sekarang sebahagian dari | Jerman | ||||||||||
Perdemangan Brunswick-Lüneburg (Jerman: Herzogtum Braunschweig und Lüneburg), atau lebih tepat Perdemangan Brunswick dan Lüneburg, dululah sebuah perdemangan yang pernah wujud pada Zaman Pertengahan Akhir hingga era Moden Akhir di dalam Empayar Rom Suci, sehingga ia dibubarkan. Perdemangan ini terletak di barat laut Jerman moden. Namanya berasal daripada dua buah bandar terbesar di dalam wilayah ini: Brunswick dan Lüneburg.
Kerajaan ini muncul pada tahun 1235 daripada tanah-tanah allodial milik Kerabat Welf di Saxony dan dianugerahkan sebagai sebuah fief imperial kepada Otto the Child, cucu lelaki kepada Henry si Singa. Perdemangan ini dibahagikan beberapa kali pada Zaman Pertengahan di antara pelbagai jurai Kerabat Welf, akan tetapi setiap pemerintah dikenali sebagai "Demang Brunswick-Lüneburg" selain gelaran peribadi mereka sendiri. Menjelang tahun 1692, wilayah-wilayah ini disatukan kepada dua: Elektorat Brunswick-Lüneburg (biasanya dikenali dengan Elektorat Hanover) dan Prinsipaliti Brunswick-Wolfenbüttel.
Pada tahun 1714, cabang Hanover dalam keluarga ini menggantikan takhta Great Britain, yang mana mereka memerintah sebagai kesatuan peribadi dengan Hanover sehingga tahun 1837. Atas sebab ini, banyak kota dan wilayah di dalam bekas jajahan Britain telah dinamakan bersempena dengan Brunswick atau Lüneburg. Kerabat Hanover tidak pernah memerintah Brunswick ketika mereka memegang takhta Britain, di sebabkan kerana bandar ini merupakan sebahagian daripada Brunswick-Wolfenbüttel yang berjiran. Selepas Kongres Vienna pada tahun 1814/15, wilayah Brunswick-Lüneburg menjadi Kerajaan beraja Hanover dan Perdemangan Brunswick.