Dua Wanita
Dalam teks-teks Mesir purba, "Dua Wanita" (Bahasa Mesir: nbtj, kadangkala diinggeriskan sebagai Nebty) merupakan gelaran keagamaan untuk dewi Wadjet dan Nekhbet, dua dewi yang menjadi penaung orang Mesir purba dan disembah oleh semua setelah penyatuan dua bahagiannya, Mesir Hilir dan Mesir Hulu. Semasa dua bahagian Mesir disatukan, dua dewi ini tidak digabungkan seperti yang sering terjadi dengan dewa-dewi serupa dari pelbagai wilayah dan bandar. Kedua-dua dewi dikekalkan kerana kepentingan peranan mereka dan mereka dikenali sebagai Dua Wanita, menjadi pelindung Mesir yang bersatu.
Selepas penyatuan, imej Nekhbet bergabung dengan Wadjet pada ureus, selepas itu, mereka dipamerkan bersama-sama pada mahkota Mesir. Dua Wanita ini bertanggungjawab menetapkan undang-undang, melindungi pemerintah dan kawasan luar bandar Mesir, serta mempromosikan keamanan.