Dritan Abazović

Dritan Abazović
Дритан Абазовић
Perdana Menteri Montenegro ke-7
Dalam jawatan
28 April 2022 – 31 Oktober 2023
PresidenMilo Đukanović
Jakov Milatović
Didahului olehZdravko Krivokapić
Digantikan olehMilojko Spajić
Timbalan Perdana Menteri Montenegro
Dalam jawatan
4 Disember 2020 – 28 April 2022
Perdana MenteriZdravko Krivokapić
Didahului oleh
  • Zoran Pažin
  • Milutin Simović
  • Rafet Husović
Ahli Parlimen Montenegro
Dalam jawatan
14 Oktober 2012 – 4 Disember2020
Presiden
  • Ranko Krivokapić
  • Darko Pajović
  • Ivan Brajović
  • Aleksa Bečić
Maklumat peribadi
Lahir (1985-12-25) 25 Disember 1985
Ulcinj, SR Montenegro, SFR Yugoslavia
Parti politik
  • PCG (2012–2014)
  • URA (2015–kini)
Tempat belajar
Bidang pengkhususanAhli politik
Laman webOfficial website


Dritan Abazović ( Montenegrin: Дритан Абазовић , Albania: Dritan Abazoviq  ; lahir 25 Disember 1985) merupakan seorang ahli politik Montenegro dan telah dipilih menjadi Perdana Menteri Montenegro sejak 28 April 2022. Berasal dari etnik Albania, beliau mengetuai parti United Reform Action (URA). Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet Zdravko Krivokapić dari 2020 hingga 2022.

Abazović telah dilahirkan pada 25 Disember 1985 di Ulcinj, SR Montenegro, SFR Yugoslavia (kini Montenegro ). Abazović berasal dari etnik Albania. Setelah menamatkan sekolah rendah dan menengah di Ulcinj, beliau meneruskan pengajian di Fakulti Sains Politik di Universiti Sarajevo. Semasa pengajian, beliau menjadi seorang valedictorian dan pemenang "Lencana Emas" dan "Piagam Emas" Universiti Sarajevo. Beliau memperoleh ijazah sarjana dalam bidang hubungan antarabangsa dari Fakulti Sains Politik di Universiti Montenegro pada tahun 2008. Pada tahun 2019, beliau telah menamatkan pengajiannya peringkat PhD di Fakulti Sains Politik di Universiti Sarajevo, dengan tajuk disertasi "Global Politics—Ethical Aspects of Globalization".

Dari tahun 2005 hingga 2007, beliau menjadi pembantu di Fakulti Sains Politik di Universiti Sarajevo. Pada tahun 2009, beliau menamatkan kursus untuk Pengajian Keamanan di Universiti Oslo . Di universiti yang sama, beliau menamatkan seminar untuk pembangunan profesional. Pada tahun 2011, beliau telah menetap di Amerika Syarikat dengan menyertai program Jabatan Negara di Washington DC. Dari tahun 2010 sehingga 2012, beliau menjadi pengarah eksekutif syarikat penyiaran tempatan, Teuta dan NGO Mogul yang mana kedua-duanya berpusat di Ulcinj.