Dragon Ball ZKai

Dragon Ball Z Kai
Pertempuran Majin Buu bagi Dragon Ball Kai
ドラゴンボール改カイ
(Doragon Bōru Kai)
GenreShonen / Aksi
Diciptakan olehAkira Toriyama
Siri televisyen anime
PengarahYasuhiro Nowatari
StudioToei Animation
Penyiaran AsalFuji TV
Tarikh tayangan5 April 200927 March 2011
Episod98
Siri televisyen anime
Dragon Ball Z Kai: The Final Chapters
PengarahNaohiro Terazaki
Skrip/PenulisTakao Koyama
Katsuyuki Sumisawa
Toshiki Inoue
Hiroshi Toda
StudioToei Animation
Penyiaran AsalFuji TV
Tarikh tayangan6 April 201428 Jun 2015
Episod69

Dragon Ball Z Kai atau hanya dikenali sebagai Dragon Ball Kai adalah siri anime yang merupakan sebahagian daripada francais Dragon Ball yang merupakan suntingan semula anime asal Dragon Ball Z. Siri ini mula disiarkan di Jepun pada 5 April 2009 untuk mengingati ulangtahun Dragon Ball Z.

Pada Februari 2009, Toei Animation mengumumkan bahawa mereka akan membuat siaran semula Dragon Ball Z sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20 siri anime asal. Mula disiarkan pada 5 April 2009, di bawah nama Dragon Ball Kai, dengan setiap episod dirakam semula untuk siaran HDTV, ia menampilkan lagu pembukaan dan penamat yang dikemaskini, serta rakaman semula runut vokal oleh kebanyakan seiyu asal. Siri ini juga disunting semula supaya ia lebih menghampiri kandungan dalam manga asal, menghasilkan jalan cerita yang lebih pantas, serta pembuangan bingkai yang rosak. Oleh itu, ia boleh dianggap sebagai siri "baru" yang direka daripada siaran asal Dragon Ball Z.

Siri ini setakat ini telah menggunakan lima muzik tema. Tema pembukaan pertama bertajuk "Dragon Soul" (Episod 1-98) dan tema pembukaan kedua bertajuk "Kuu-Zen-Zetsu-Go" (Episod 99 - kini) dipersembahkan oleh Takayoshi Tanimoto dan juga mempersembahkan tema penutup pertama bertajuk "Yeah! Break! Care! Break!". Kedua-duanya sebahagian dari satu unit dipanggil Dragon Soul beserta pemain gitar dan komposer Takafumi Iwasaki. Pada tema pembukaan pertama terdapat empat visual berlainan mengikut musim bersama satu lagu pembukaan yang sama bermula Pertempuran Saiya kemudiannya Pertempuran Frieza, Pertempuran Android dan terbaru Pertempuran Cell. Tema penutup kedua bertajuk "Kokoro no Hane" (心の羽根, "Sayap di Hati") (Episod 56 - 98) dan dipersembahkan Team Dragon dari AKB48, sebuah kumpulan yang semua ahlinya wanita. Tema penutup ketiga bertajuk "Haikei, Tsuratsusutora" (Episod 99 - kini) dinyayikan oleh Good Morning America. Walaupun jalan cerita ini diambil dari bahan yang telah wujud, turutan pembukaan dan penutup itu dibuat daripada kaedah animasi yang lain. Himpunan DVD dan cakera Blu-ray pertama dikeluarkan pada 18 September 2009, dengan pelepasan jilid individu bulanan. Sama juga dengan set kotak Blu-ray.

Baru-baru ini, Toie Animation mengumumkan bahawa Dragon Ball Kai akan bersambung semula pada 6 April 2014.