Dominostein

Dominostein
Keratan rentas Dominostein dengan lapisan coklat gelap diluarnya
JenisKonfeksi 
Tempat asalJerman
Dicipta olehHerbert Wendler
Bahan utamaLebkuchen, ceri masam atau jeli aprikot, marzipan atau pes pic, coklat gelap atau susu
sunting ยท sunting di Wikidata

Dominostein merupakan sejenis manisan yang sering dijual pada musim perayaan Krismas di Jerman dan Austria. Ia terdiri daripada lapisan Lebkuchen di bawahnya, ceri masam atau jeli aprikot pada lapisan tengah dan selapis pes pic atau marzipan di atasnya. Manisan ini kemudiannya dilitupi dengan aising coklat gelap atau coklat susu yang nipis.