Dodo

Dodo
Julat zaman: Akhir Holosen
Model patung burung dodo

Pupus  (akhir abad ke-17)  (IUCN 3.1)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Raphus

Brisson, 1760
Spesies:
R. cucullatus
Nama binomial
Raphus cucullatus
(Linnaeus, 1758)
Tempat hidup (berwarna merah)
Sinonim
  • Struthio cucullatus Linnaeus, 1758
  • Didus ineptus Linnaeus 1766

Dodo (Raphus cucullatus) adalah burung pupus yang tidak dapat terbang yang pernah endemik di pulau Mauritius terletak di timur Madagaskar, Lautan Hindi. Burung ini pernah dihubungkan dengan keluarga burung merpati dalam subkeluarga Raphinae. Burung dodo paling dekat genetiknya dengan burung tunggal Rodrigues yang juga telah pupus, saudara terdekat ia yang masih wujud adalah burung punai emas. Burung ini memiliki ketinggian sekitar satu meter, ia memakan buah-buahan dan bersarang di tanah.

Dodo pupus antara pertengahan sampai akhir abad ke-17. Kepupusannya sering dijadikan contoh tipikal kerana ia terjadi dalam sejarah penulisan manusia dan akibat aktiviti manusia.