Stadium Dodger

Stadium Dodger
Chavez Ravine
Blue Heaven on Earth
Dodger Stadium logo
Stadium Dodger pada 2015
Alamat1000 Vin Scully Avenue
LokasiLos Angeles, California, Amerika Syarikat
PemilikGuggenheim Baseball Management
PentadbirLos Angeles Dodgers
JenisStadium
Kapasiti56,000
Rekod kehadiran57,099 (Aksi pembukaan Dodgers, 13 April 2009)
Saiz PadangKiri Padang – 330 ka (101 m)
Medium Kiri-Pusat – 360 ka (110 m)
True Kiri-Pusat – 375 ka (114 m)
Pusat Padang – 395 ka (120 m)
True Pusat Padang – 400 ka (122 m)
True Kanan-Pusat – 375 ka (114 m)
Medium Kanan-Pusat – 360 ka (110 m)
Kanan Padang – 330 ka (101 m)
Backstop – 55 ka (17 m)
PermukaanSanta Ana Bermuda grass
Pembinaan
Pecah tanah17 September 1959 (17 September 1959)
Dibuka10 April 1962 (10 April 1962)
Kos pembinaanAS$23 juta
(AS$232 juta ada 2020)
ArkitekPraeger-Kavanagh-Waterbury
Jurutera strukturWilliam Simpson & Associates Inc.
Perkhidmatan juruteraSA Bogen Engineers
Kontraktor amVinnell Corporation
Tuan rumah
Los Angeles Dodgers (MLB) (1962–kini)
Los Angeles Angels (MLB) (1962–1965)
Laman sesawang
Dodger Stadium

Stadium Dodger (bahasa Inggeris: Dodger Stadium) ialah stadium besbol yang terletak di kejiranan Elysian Park Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan gelanggang utama bagi pasukan Major League Baseball, Los Angeles Dodgers. Stadium yang telah dibuka sejak tahun 1962 ini dibina dalam masa kurang daripada tiga tahun dengan nilai kos sebanyak AS$23 juta (AS$232 juta pada 2020). Stadium ini merupakan stadium tertua di barat Sungai Mississippi bagi pasukan MLB dan stadium ketiga tertua secara keseluruhan selepas Fenway Park di Boston (1912) dan Wrigley Field di Chicago (1914). Stadium ini juga merupakan stadium besbol terbesar di dunia dari segi kapasiti tempat duduk.

Stadium ini pernah mengacarakan Perlawanan All-Star Major League Baseball sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1980 dan 2022 serta 10 Siri Dunia (1963, 1965, 1966, 1974, 1977, 1978, 1981, 1988, 2017 dan 2018). Stadium ini juga menjadi tuan rumah kepada aksi separuh akhir dan final kejohanan World Baseball Classic pada tahun 2009 dan 2017. Selain sukan besbol, stadium ini juga melangsungkan perlawanan bola sepak pada 3 Ogos yang menampilkan empat pasukan iaitu Los Angeles Galaxy, Real Madrid, Everton, dan Juventus. Los Angeles Kings dan Anaheim Ducks juga menggunakan stadium ini untuk aksi musim mereka pada 2014 sebagai sebahagian daripada NHL Stadium Series.

Stadium ini kadang kala digelar sebagai “Blue Heaven on Earth,” yang pernah diungkapkan oleh pengurus Dodgers, Tommy Lasorda.