Doc McStuffins
| Doc McStuffins | |
|---|---|
Logo Doc McStuffins | |
Juga dikenali sebagai | Doc McStuffins: Toy Hospital (musim 4) Doc McStuffins: Pet Rescue (musim 5) |
| Pencipta | Chris Nee |
Pelakon suara | Kiara Muhammad (musim 1–2) Laya DeLeon Hayes (musim 3–5) Lara Jill Miller Robbie Rist Ben Schwartz (terbitan turunan) Jess Harnell Loretta Devine Jaden Isaiah Betts (musim 1–2) Andre Robinson (musim 3-5) Kimberly Brooks Gary Anthony Williams |
| Lagu pembukaan | "The Doc Is In" oleh China Anne McClain (musim 1–3) Amber Riley (musim 4–sekarang) |
| Lagu penutup | "The Doc Is In" (instrumental) |
| Penggubah | Stuart Kollmorgen (score) Kay Hanley (songs) Michelle Lewis (lagu) |
| Negara asal | Amerika Syarikat Ireland |
| Bahasa | English |
| Bilangan musim | 5 |
| Bilangan episod | 136 (Senarai episod) |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Chris Nee Darragh O'Connell Cathal Gaffney |
| Tempoh siaran | 11 minit (musim 1–4) 23 minit (episod khas dalam musim 1–4 dan musim 5) |
Syarikat penerbitan | Brown Bag Films |
Syarikat pengedaran | Disney–ABC Domestic Television |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Disney Junior |
| Format gambar | 1080i (HDTV) |
| Siaran asal | 23 Mac 2012 – 18 April 2020 |
Rancangan berkaitan | The Doc Files Vampirina |
| Pautan luar | |
| Tapak web rasmi | |
Doc McStuffins (Doktor McStuffins dalam bahasa Melayu; juga dikenali sebagai Doc McStuffins: Toy Hospital, Doktor McStuffins: Hospital Mainan dalam bahasa Melayu, untuk musim keempat dan Doc McStuffins: Pet Rescue untuk musim kelima) ialah sebuah siri animasi televisyen kanak-kanak Amerika Syarikat-Ireland yang diterbitkan oleh Brown Bag Films. Siri ini dicipta dan diterbitkan secara eksekutif oleh Chris Nee dan pertama kali ditayangkan pada 23 Mac 2012 di Disney Channel dan di Disney Junior. Siri ini adalah tentang seorang anak perempuan yang dapat "membetulkan" mainan, dengan bantuan daripada kawan-kawan mainannya. Siri ini menonjolkan lagu-lagu yang dikarang dan digubah oleh Kay Hanley and Michelle Lewis.
Siri ini memperoleh ulasan positif oleh sebab konsep dan watak utama siri ini, serta penampakan orang Afrika Amerika (Nee menyatakan pada tahun 2013 bahawa Doc merupakan orang Afrika Amerika, cadangan oleh Disney semasa persemabahan awalnya, Nee pada asalnya hanya tahu bahawa beliau menginginkan doktor perempuan) dalam sebuah siri Disney. Chris Nee memerihalkan siri ini sebagai "Cheers untuk Anak-anak Pra-sekolah".
Pada 16 November 2016, siri ini diperbaharu untuk musim kelima oleh Disney Junior. Pada 4 April 2018, Lara Jill Miller, suara bagi Lambie, mengatakan bahawa episod terakhir musim terakhir telah dirakam. Siri ini akan tamat selepas lima musim.