DocBook
| DocBook | |
|---|---|
| Sambungan fail: | .dbk, .xml |
| Jenis media Internet: | application/docbook+xml |
| Dibangunkan oleh: | OASIS |
| Jenis format: | bahasa penanda |
| Diperluas daripada: | SGML, XML |
| Piawai: | 4.5 (June 2006), 5.0 (November 2009) |
DocBook ialah bahasa penanda Semantik bagi dokumentasi teknikal. Pada asalnya DocBook ditujukan kepada penulisan teknikal berkaitan peralatan dan perisian komputer tetapi ia boleh digunakan untuk dokumentasi lain.
Sebagai sebuah bahasa semantik, DocBook membolehkan penggunanya mencipta dokumen dalam bentuk penyampaian neutral, yang menawan struktur logik kandungan; kandungan tersebut kemudiannya boleh diterbitkan dalam pelbagai format, termasuk HTML, XHTML, EPUB, PDF, man page, Web help dan HTML Help, tanpa memerlukan pengguna membuat apa-apa pertukaran kepada dokumen sumber.